8Share Bagi Reward Bila Kau Share


8Share ni dibawah keluarga Rev Asia Sdn Bhd. Kalau kau tak tahu siapa Rev Asia ni, inilah parent company kepada website-website besar seperti Says.com dan OhBulan.com tu.

Kira 8Share ni one of their technology la untuk memastikan post-post mereka di dalam web kat atas tadi tu lebih banyak capaian, atau lebih viral. 

Untungnya pengguna 8Share ni ialah apabila kau berkongsi kisah daripada web di atas menggunakan special link yang digenerate oleh 8Share. 

Kerja kau hanyalah copy link daripada 8Share, kemudian paste di mana-mana kau rasa orang akan tertarik untuk klik link tersebut. Setiap unique user yang klik link tu, kau akan menerima ganjaran. Ganjaran tu bergantung kepada content cerita daripada web. Ada yang dia bayar mahal, ada juga yang dia bayar murah.

Aku share 3 strategi untuk buat duit guna 8Share ni.

1. Buat penulisan di dalam blog

Kerjanya mudah. kau baca dulu artikel yang pihak 8Share nak kita kongsikan. Kau ulas secara mudah dalam bahasa sendiri. Kemudian, kreditkan sumber asal cerita kepada web di atas, bergantung kepada web yang link tu bagi. Masukkan special link yang kau generate ke dalam kredit sumber atau mana-mana bahagian yang kau rasakan orang nak klik.

2. Share di media sosial.

Ini lagi senang, kau paste link dekat FB ke Twitter ke. Tunggu sampai box artikel keluar, delete link tu balik. Kemudian, post.

3. Spam

Tak elok, tapi buat jelah. Sebab kau share content yang orang mungkin baca. Kau bukan spam produk. Cara spam ni kau buat macam langkah ke-2, cuma post kali ni dekat group-group dalam Facebook yang besar-besar. Kau buat jelah sampai admin ban.


Nanti kalau aku rajin, aku screenshot satu-satu dashboard 8Share ni bagi kau tengok. Tapi sebenarnya memang malas la nak screenshot banyak-banyak kan?

Lagi satu, aku kurang gemar sebenarnya dengan konten Says dan OhBulan. Konten habis sampah. Tapi itulah yang rakyat Malaysia suka sangat dan mudah terhibur. Jadi, aku kurang buat jugalah generate income dari 8Share ni.

Cuma, satu yang aku agak suka dengan 8Share ni adalah contest dia. Kadang-kadang hadiah contest dia sangat best. Kau kena follow je instruction apa dia nak, lepas tu berpeluang menangi hadiah smartphone. Ok lah kan?

Sekarang ni pun aku tengah cuba join contest dia kolaborasi dengan 11 Street. 

Nanti aku free, aku tunjuk kau contest dia macam mana.

Kalau kau rasa berminat nak cuba 8Share, kau klik jelah link ini. Mana tau boleh dapat duit sambil menang hadiah kan?


Comments